Cara Buat Spaghetti Bolognese Paling Mudah, Anak Pun Suka

Bila sebut sahaja spaghetti bolognese, ramai anak-anak memang suka. Rasanya manis masam, kuah pekat dan bila ditambah keju, memang jadi kegemaran.

Tetapi tahukah anda, dengan bahan asas yang sama seperti pasta, ayam kisar, sos tomato, bawang dan keju, sebenarnya banyak lagi menu lain boleh dicipta.

Ini bukan sahaja memudahkan ibu bapa menyediakan hidangan cepat untuk keluarga, malah anak-anak tidak cepat bosan dengan menu yang berulang. Contohnya, lebihan sos bolognese dari makan malam boleh ditukar jadi sarapan pagi pizza mini atau bekal sekolah macaroni cheese.

Dengan sedikit kreativiti, satu bahan boleh bertukar menjadi pelbagai resepi menarik yang tetap sihat dan sesuai untuk kanak-kanak.

Resepi Spaghetti Bolognese Ringkas Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Bahan-Bahan:

  • 200g spaghetti
  • 200g daging kisar ayam / daging lembu
  • 1 tin kecil sos tomato pasta (boleh guna prego / kimball)
  • 1 biji bawang besar – dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 2 sudu besar minyak masak / minyak zaitun
  • 1 sudu besar sos tomato biasa
  • 1 sudu kecil gula (untuk seimbangkan rasa masam)
  • Sedikit garam & lada sulah
  • Keju parut (mozarella / cheddar) – tabur atas hidangan

Cara Penyediaan 

  1. Rebus spaghetti dalam air mendidih bersama sedikit garam & minyak hingga lembut (al dente). Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak sepenuhnya.
  4. Tuangkan sos tomato pasta, tambah sos tomato biasa, gula, garam & lada sulah. Biarkan reneh 5-10 minit.
  5. Masukkan spaghetti yang sudah direbus, gaul rata dengan kuah bolognese.
  6. Hidang panas dengan taburan keju parut di atasnya.

Tips Supaya Anak Lagi Suka:

  • Potong sayur halus (contoh lobak merah, cendawan, bayam) dan campur dalam sos supaya anak tak sedar makan sayur.
  • Guna ayam kisar untuk rasa lebih ringan berbanding daging merah.
  • Tambah sedikit susu segar dalam kuah kalau nak rasa lebih creamy.

Resepi ini sesuai dijadikan makan tengah hari atau bekal sekolah. Sosnya manis masam ringan, memang mesra selera kanak-kanak!

Tip Tambahan

  • Kawal rasa masam – jika sos tomato terlalu masam, tambah sedikit susu pekat manis atau susu segar untuk seimbangkan rasa.
  • Tambah sayur tersembunyi – kisar lobak merah, tomato atau bayam, kemudian campur dalam kuah supaya anak makan sayur tanpa sedar.
  • Pilih pasta kecil – selain spaghetti, boleh guna pasta bentuk kecil seperti macaroni, spiral atau shell yang lebih mudah dikunyah oleh anak.
  • Kurangkan minyak & garam – supaya sesuai dengan diet kanak-kanak, cukup sekadar untuk seimbangkan rasa.
  • Taburan keju – keju parut menjadikan hidangan lebih menarik, boleh guna mozarella untuk tekstur cair atau ch   eddar untuk rasa masin berkrim.
  • Boleh buat stok – masak kuah lebih banyak, simpan dalam peti sejuk beku dan panaskan semula bila perlu. Senang untuk sarapan atau bekal sekolah.
  • Variasi ayam – kalau anak tak suka daging lembu, gunakan ayam kisar atau sosej ayam potong kecil.

Resepi Lain Menggunakan Bahan Sama

1. Macaroni Cheese Ayam

Pasta + ayam kisar + keju jadi hidangan creamy yang anak-anak suka.

  • Rebus macaroni hingga lembut.
  • Tumis bawang + ayam kisar.
  • Masukkan susu segar dan keju parut.
  • Gaul macaroni dengan sos keju, siap untuk dihidang.

2. Baked Pasta Cheese

Versi bakar yang lebih menarik, ala lasagna tapi ringkas.

  • Campur pasta rebus dengan sos bolognese.
  • Masukkan dalam loyang, tabur keju mozarella.
  • Bakar hingga keju cair dan keemasan.

3. Sup Pasta Ayam

Sesuai untuk anak kecil, lebih ringan dan mudah ditelan.

  • Rebus ayam bersama bawang & lobak merah untuk buat sup.
  • Masukkan pasta bentuk kecil (contoh: shell, bintang).
  • Tambah sedikit sayur cincang dan perasakan ringan.

4. Roti Bakar Sos Bolognese

Idea sarapan atau snek ringkas.

  • Ambil roti, sapu sos bolognese yang lebih tadi.
  • Tabur keju parut.
  • Bakar sekejap dalam oven / air fryer.

5. Pizza Mini Bolognese

Guna bahan lebihan jadi topping pizza mini.

  • Ambil roti sebagai base.
  • Sapu sos bolognese di atasnya.
  • Tabur keju dan bakar hingga cair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *