Ayam Geprek adalah hidangan popular dari Indonesia yang semakin digemari di Malaysia. Keunikan menu ini terletak pada gabungan ayam goreng rangup yang digeprek (ditumbuk perlahan) bersama sambal pedas beraroma, menjadikannya penuh rasa dan membuka selera.
Dengan nasi putih panas dan hirisan timun segar, Ayam Geprek bukan sekadar hidangan harian, tetapi satu pengalaman makan yang memuaskan dan membangkitkan selera pedas.
Resepi Ayam Geprek
Bahan-Bahan Ayam Goreng Crispy
-
5 ketul ayam (bahagian paha/dada – ikut suka)
-
1 cawan tepung gandum
-
½ cawan tepung jagung
-
1 sudu kecil serbuk kunyit
-
1 sudu kecil serbuk cili (optional kalau nak pedas sikit)
-
1 sudu kecil serbuk bawang putih
-
Garam secukup rasa
-
Air sejuk secukupnya
-
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Sambal Geprek
-
8 biji cili merah (cili besar)
-
10 biji cili padi merah (tambah kalau nak level marah)
-
4 ulas bawang putih
-
1 sudu kecil gula
-
Garam secukup rasa
-
4 sudu besar minyak masak (guna minyak lebihan goreng ayam untuk aroma lebih wangi)
Cara Penyediaan Ayam
-
Perap ayam – Gaul ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan serbuk bawang putih. Perap minimum 30 minit.
-
Sediakan bancuhan tepung – Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan serbuk bawang putih. Bahagikan kepada dua bahagian:
-
Tepung kering
-
Tepung basah (campur sedikit air sejuk hingga jadi adunan pekat)
-
-
Salut ayam – Celup ayam dalam tepung basah, kemudian golek dalam tepung kering. Ulang sekali lagi untuk lapisan yang lebih tebal dan crispy.
-
Goreng ayam – Panaskan minyak banyak, goreng ayam dengan api sederhana sehingga kuning keemasan dan masak sepenuhnya. Angkat dan toskan.
Cara Buat Sambal Geprek
-
Goreng bahan – Tumis cili merah, cili padi, dan bawang putih dalam sedikit minyak sampai layu.
-
Tumbuk sambal – Masukkan semua bahan ke dalam lesung batu, tumbuk hingga lumat kasar. Tambah gula dan garam secukup rasa.
-
Masukkan minyak panas – Tuang minyak panas lebihan goreng ayam ke dalam sambal, kacau rata.
Cara Hidang Ayam Geprek
-
Letakkan ayam goreng crispy atas lesung batu atau pinggan.
-
Sendukkan sambal di atas ayam, kemudian geprek (tumbuk perlahan) sehingga sambal serap ke dalam ayam.
-
Hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan timun.
Tip Memasak Ayam Geprek
1. Perapan Ayam Kena Lama
-
Minimum 30 minit tapi kalau nak rasa meresap betul, perap 2 jam dalam peti sejuk.
-
Guna serbuk kunyit + bawang putih masa perap untuk hilangkan bau hanyir ayam.
2. Tepung Basah & Tepung Kering Main Peranan
-
Tepung basah (campur air sejuk) buat lapisan tepung melekat.
-
Tepung kering bagi efek crispy dan fluffy.
-
Ulang proses basah → kering dua kali untuk kulit ayam lebih tebal dan rangup.
3. Minyak Kena Banyak & Panas Stabil
-
Minyak mesti menutupi ayam supaya masak sekata.
-
Panaskan minyak dengan api sederhana, bukan besar sangat — supaya ayam masak bahagian dalam tanpa lapisan luar hangus.
-
Kalau nak tahu minyak cukup panas, celup hujung sudu kayu — kalau keluar gelembung kecil, minyak dah ready.
4. Jangan Terbalikkan Ayam Selalu
-
Bila baru masuk minyak, biar 3-4 minit dulu sebelum balikkan.
-
Balikkan sekali-sekala saja supaya tepung tak tertanggal.
5. Sambal Kena Guna Minyak Panas
-
Sambal geprek bukan sekadar cili tumbuk.
-
Guna minyak lebihan goreng ayam untuk tumis sambal, barulah wangi.
-
Lepas tumbuk cili & bawang putih, tuang minyak panas terus atas sambal — ini buat aroma sambal naik wangi gila.
6. Geprek Waktu Ayam Masih Panas
-
Letak ayam panas atas lesung batu / talam.
-
Taruh sambal, lepas tu geprek (tumbuk perlahan) supaya sambal masuk celah-celah kulit crispy.
-
Kalau ayam dah sejuk, sambal susah nak serap.
Resepi Ayam Goreng Kunyit Sambal Berlada
Bahan-Bahan Ayam
-
5 ketul ayam (paha/dada dipotong kecil)
-
1 sudu kecil serbuk kunyit
-
1 sudu kecil serbuk bawang putih
-
Garam secukup rasa
-
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sambal Berlada
-
8 biji cili merah
-
10 biji cili padi merah
-
4 ulas bawang putih
-
1 sudu kecil gula
-
Garam secukup rasa
-
4 sudu besar minyak masak (guna minyak lebihan goreng ayam)
Cara Memasak
1. Perap & Goreng Ayam
-
Gaul ayam dengan kunyit, bawang putih dan garam. Perap 20–30 minit.
-
Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak sepenuhnya dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
2. Sediakan Sambal Berlada
-
Kisar atau tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih hingga lumat kasar.
-
Panaskan minyak lebihan goreng ayam tadi.
-
Tumis bahan kisar hingga naik bau wangi dan pecah minyak.
-
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Satukan Ayam & Sambal
-
Masukkan ayam goreng kunyit ke dalam sambal.
-
Gaul rata sehingga sambal melapisi ayam sepenuhnya.
-
Masak sekejap 1-2 minit, kemudian angkat.