RAHSIA NASI AYAM WANGI & SEDAP MACAM KEDAI – WAJIB CUBA NI

Nasi Ayam merupakan antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang tidak pernah lapuk dek zaman. Hidangan ini terkenal dengan gabungan nasi yang wangi berlemak, ayam yang diperap dan dimasak sempurna, serta dilengkapi dengan sup panas, sos cili pedas dan kuah kicap .

Keenakan Nasi Ayam bukan sahaja bergantung kepada cara memasak ayam, tetapi juga pada nasi yang dimasak menggunakan air rebusan ayam yang kaya dengan aroma bawang putih dan halia.

Tidak kira sama ada dihidangkan di restoran, warung tepi jalan mahupun dimasak sendiri di rumah, Nasi Ayam sentiasa menjadi pilihan utama untuk hidangan tengah hari, malam atau majlis istimewa. Dengan sedikit teknik dan bahan yang tepat, sesiapa sahaja boleh menghasilkan Nasi Ayam yang sedap, beraroma dan setanding rasa kedai popular.

Nak tahu rahsia Nasi Ayam lebih sedap? Teruskan baca atau cuba resepi yang kami kongsikan!

Resepi Nasi Ayam Lengkap

Bahan-Bahan Nasi:

  • 2 cawan beras

  • 3 cawan air rebusan ayam

  • 3 ulas bawang putih (diketuk)

  • 2 inci halia (diketuk)

  • 2 sudu besar marjerin atau minyak

  • Sedikit garam

Bahan-Bahan Ayam:

  • 1 ekor ayam (dipotong empat atau kecil)

  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)

  • 2 inci halia (tumbuk)

  • 2 sudu besar kicap manis

  • 1 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu besar madu atau gula

  • Sedikit garam

  • Air untuk merebus

Bahan-Bahan Sup:

  • Air rebusan ayam secukupnya

  • 1 kiub pati ayam

  • Daun sup dan bawang goreng (hiasan)

Bahan-Bahan Sos Cili:

  • 5 biji cili merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 1 inci halia

  • 1 sudu kecil cuka

  • 1 sudu kecil gula

  • Garam secukup rasa

  • Air rebusan ayam secukupnya


Cara Memasak Nasi:

  1. Basuh beras dan toskan.

  2. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.

  3. Masukkan beras dan gaul sebati.

  4. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa.

  5. Masak seperti biasa dalam periuk nasi.


Cara Memasak Ayam:

  1. Rebus ayam bersama bawang putih dan halia sehingga masak.

  2. Toskan ayam dan simpan air rebusan untuk sup.

  3. Perap ayam dengan kicap manis, sos tiram, madu/gula, dan garam selama 15 minit.

  4. Goreng ayam sehingga keemasan atau bakar dalam oven jika mahu lebih sihat.


Cara Memasak Sup:

  1. Panaskan air rebusan ayam.

  2. Masukkan kiub pati ayam dan tambah garam jika perlu.

  3. Taburkan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidang.


Cara Membuat Sos Cili:

  1. Rebus cili, bawang putih, dan halia hingga lembut.

  2. Kisar halus bersama cuka, gula, garam dan sedikit air rebusan ayam.

  3. Sesuaikan rasa masam, manis dan pedas ikut citarasa.

Cara Hidang

Hidangkan nasi bersama ayam, sup, sos cili dan kicap pekat. Boleh tambah timun dan tomato sebagai hiasan.


Tips Nasi Ayam Lebih Sedap & Wangi

  1. Guna Air Rebusan Ayam untuk Masak Nasi
    Jangan guna air biasa. Air rebusan ayam penuh rasa ayam, bawang putih & halia – ini rahsia utama nasi lebih wangi & berperisa.

  2. Tumis Bawang Putih & Halia Sampai Wangi
    Sebelum masukkan beras, pastikan bawang putih & halia ditumis hingga naik bau. Nasi lebih wangi & sedap.

  3. Masukkan Marjerin atau Minyak Ayam
    Guna marjerin atau minyak lebihan goreng/bakar ayam ke dalam nasi. Lagi berlemak & harum.

  4. Perap Ayam dengan Sos yang Cukup Lama
    Perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit dengan kicap, sos tiram, madu/gula & halia supaya rasa sebati hingga ke dalam.

  5. Bakar atau Goreng Ayam Sekejap untuk Kulit Garing
    Lepas rebus, boleh bakar atau goreng ayam sebentar. Kulit ayam akan rangup, isi masih juicy.

  6. Gunakan Halia & Bawang Putih Secukupnya untuk Sup
    Sup Nasi Ayam jangan terlalu kosong, letak halia & bawang putih baru sup rasa ‘ori’ macam dekat kedai.

  7. Jangan Skip Sos Cili Homemade
    Sos cili mesti buat sendiri, campur cili, halia, bawang putih, cuka & sedikit air rebusan ayam. Ini yang buat rasa jadi lengkap!

  8. Masukkan Daun Sup & Bawang Goreng Masa Hidang
    Ini elemen finishing yang buat Nasi Ayam nampak lebih menarik & rasa lebih segar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *