Laksa Siam merupakan salah satu hidangan istimewa yang berasal dari pengaruh masakan Thailand tetapi telah lama menjadi kegemaran masyarakat kita di Malaysia, khususnya di negeri-negeri utara seperti Kelantan dan Kedah.
Apa yang membezakan Laksa Siam dengan laksa-laksa lain ialah kuahnya yang pekat, beraroma serai, daun limau purut serta kaya dengan santan. Rasanya pula gabungan pedas, masam, lemak dan wangi rempah, menjadikannya hidangan yang cukup menyelerakan.
Selain kuah yang istimewa, Laksa Siam biasanya dihidangkan bersama bihun putih lembut, dilengkapkan dengan ulam-ulaman segar seperti taugeh, timun, kobis, daun kesum, selasih, serta perahan limau nipis yang menambahkan rasa segar.
Hidangan ini sesuai dijadikan juadah tengah hari, majlis kenduri, atau sebagai menu istimewa hujung minggu bersama keluarga. Dengan bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang ringkas, anda pasti boleh menyediakan Laksa Siam sendiri di rumah dengan hasil yang tidak kurang hebat daripada yang dijual di kedai.
Resepi Laksa Siam
Bahan-bahan Kuah
-
500g ikan kembung (direbus, ambil isi, kisar halus)
-
3 batang serai (diketuk)
-
5 helai daun limau purut
-
400ml santan pekat
-
4 cawan air rebusan ikan
-
Garam & gula secukup rasa
-
Air asam jawa (ikut citarasa masam)
Bahan Kisar
-
15 biji cili kering (direbus lembut)
-
5 ulas bawang merah
-
3 ulas bawang putih
-
2 inci lengkuas
-
1 inci halia
-
1 inci kunyit hidup
-
2 batang serai
Bahan Ulam & Hiasan
-
Timun (hiris halus)
-
Taugeh (dicelur)
-
Kobis (hiris halus)
-
Daun kesum
-
Daun selasih / kemangi
-
Limau nipis (dibelah)
Bahan Lain
-
Bihun (direndam & dicelur)
-
Telur rebus (belah dua)
Cara Memasak Kuah Laksa Siam
-
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak.
-
Masukkan serai ketuk dan daun limau purut.
-
Masukkan isi ikan yang telah dikisar bersama air rebusan ikan.
-
Didihkan perlahan, kemudian masukkan santan.
-
Perasakan dengan garam, gula, dan air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap dengan api kecil.
-
Kuah siap bila aromanya naik dan minyak timbul di permukaan.
Cara Hidangan
-
Letakkan bihun dalam mangkuk.
-
Susun ulam-ulaman, telur rebus dan taugeh.
-
Curahkan kuah panas ke atas bihun.
-
Perah limau nipis atas laksa sebelum makan untuk rasa lebih segar.
Tip Tambahan Laksa Siam
-
Ikan campuran lebih sedap – selain ikan kembung, boleh campur ikan selayang atau ikan sardin segar untuk rasa lebih manis.
-
Kuah tahan lama – masukkan sedikit asam keping semasa didih kuah, ia bantu elak cepat basi.
-
Kuah lebih kaw – kisar isi ikan bersama tulang kecil sekali, tapis selepas masak. Tekstur kuah jadi lebih pekat.
-
Tambah belacan bakar – masukkan sedikit belacan yang dibakar dulu, aroma jadi lebih wangi.
-
Santan segar – gunakan santan perah sendiri, masukkan masa akhir supaya kuah tak pecah minyak terlampau cepat.
-
Ulam wajib ada – daun selasih/kemangi dan daun kesum jangan tinggal, ini yang buat rasa Siam lebih autentik.
-
Rasa masam-manis seimbang – kalau suka ala Thai, boleh guna air limau nipis lebih sikit untuk masam segar.
Resepi Lain Dengan Bahan Yang Sama
Kalau kita dah ada bahan asas macam ikan rebus, santan, cili kering, serai, daun limau purut – sebenarnya boleh olah jadi beberapa menu lain selain Laksa Siam.
1. Gulai Ikan Kelantan
Bahan guna semula: ikan rebus, santan, cili kering, serai, kunyit hidup.
Cara ringkas: kisar cili + bawang + kunyit, tumis sampai naik bau. Masukkan santan, serai, asam keping, garam, gula. Akhir sekali masukkan isi ikan (boleh ganti dengan ikan segar juga).
Rasa dia masam manis lemak, sedap dimakan dengan nasi panas dan ulam.
2. Masak Lemak Cili Padi Ikan
Bahan guna semula: santan, cili kering/cili padi, kunyit, serai.
Cara ringkas: kisar cili padi + kunyit + bawang, masukkan dalam periuk dengan santan dan serai. Bila mendidih masukkan isi ikan. Letak daun limau purut bagi lebih harum.
Hasilnya kuah lemak pedas pekat – memang padu.
3. Kerabu Ikan Rebus
Bahan guna semula: ikan rebus, bawang merah, serai, daun limau purut, cili.
Cara ringkas: isi ikan rebus dicarik halus, gaul dengan hirisan bawang merah, serai muda, cili merah, daun limau purut. Perah limau nipis dan letak sedikit gula serta garam.
Jadi lauk kerabu yang segar, sesuai makan dengan nasi kerabu atau nasi putih.
4. Tom Yam Ikan Ala Thai
Bahan guna semula: serai, daun limau purut, cili, isi ikan.
Cara ringkas: tumis pes cili (boleh guna cili kering rebus kisar), masukkan air, serai, daun limau purut. Letak isi ikan, tomato, cendawan, dan perah limau nipis.
Sup jadi masam pedas segar, ala-ala tom yam Thai.
