Resepi Sambal Tumbuk Cili Hijau Paling Padu, Sekali Rasa Terus Ketagih

Pernah tak anda rasa lauk yang nampak biasa tapi bila masuk mulut, terus buat nasi bertambah-tambah? Itulah penangan sambal tumbuk cili hijau dengan ikan bilis. Nampak ringkas, bahan pun tak banyak, tapi bila dah siap dimasak, memang padu habis!

Bayangkan makan sambal hijau ni dengan nasi panas, tambah telur mata kerbau yang kuningnya cair – memang confirm tak toleh kiri kanan dah.

Sebenarnya, sambal cili hijau ni antara lauk penyelamat bila kita dah buntu nak masak apa, atau bila rasa tak ada selera. Tak perlu lauk mewah pun, cukup sambal macam ni pun dah boleh buat makan tengah hari jadi puas hati. Resepi ni juga sesuai untuk yang suka masakan kampung, simple tapi rasa dia mengancam.

Kalau anda tengah buntu tak tahu nak masak apa, atau hilang selera makan, inilah lauk penyelamatnya. Bahan dan cara buatnya sangat ringkas, tapi hasilnya memang padu!

Cara Buat Sambal Tumbuk Cili Hijau

Sambal ini bukan saja sesuai dimakan dengan nasi panas, tapi juga boleh jadi lauk tambahan bila ada jamuan keluarga. Cara buatnya mudah, anda hanya perlukan bahan asas dapur yang memang sentiasa ada.

Bahan-bahan

  • Cili hijau (boleh juga guna cili padi hijau kalau suka pedas)
  • Ikan bilis – digoreng rangup lebih sedap
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan – ikut cita rasa
  • Bawang besar – dihiris untuk menumis

Cara Membuat Sambal Tumbuk Cili Hijau

1. Sediakan cili hijau
Bersihkan cili hijau terlebih dahulu. Potong kecil-kecil supaya senang ditumbuk nanti.

2. Tumbuk bahan utama
Masukkan ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan belacan ke dalam lesung. Tumbuk sehingga lumat kasar. Masa menumbuk boleh masukkan sedikit garam, gula dan perasa. Jangan tumbuk sampai terlalu halus, biar ada tekstur.

3. Masukkan cili hijau
Tambahkan cili hijau sedikit demi sedikit ke dalam lesung. Tumbuk perlahan sampai semua cili habis digunakan. Ini bagi memastikan rasa lebih sebati.

4. Tumis dengan bawang besar
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar yang sudah dihiris dan tumis hingga kekuningan. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.

5. Kacau sampai masak
Gaul rata sambal hingga naik bau dan masak sempurna. Jika perlu, boleh tambah garam, gula atau serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing.

6. Siap dihidangkan
Sambal tumbuk cili hijau sedia dimakan! Hidangkan bersama nasi panas dan telur mata – memang confirm makan tak toleh kiri kanan.

Tip Tambahan Untuk Sambal Tumbuk Cili Hijau Lebih Sedap

  • Pilih cili hijau segar – elakkan cili yang dah lembik atau berwarna kekuningan sebab rasanya tak sedap dan kurang pedas.Gunakan cili kampung tuk rasa lenih kick.
  • Tumis guna minyak lebih sikit – minyak akan buat sambal lebih garing dan tahan lama kalau nak simpan.
  • Tambah ikan bilis lebih – kalau suka rasa lebih umami, goreng ikan bilis rangup dan gaul sekali dengan sambal sebelum hidang.
  • Belacan bakar – untuk aroma lebih padu, gunakan belacan yang dibakar sekejap atas api.
  • Sikit gula Melaka – boleh masukkan sedikit gula Melaka semasa menumis untuk seimbangkan rasa pedas dan masin.
  • Perahan limau kasturi – perah sedikit sebelum hidang untuk beri rasa segar dan hilangkan rasa muak.
  • Masak hingga pecah minyak – ini tanda sambal dah masak sempurna dan tahan lama kalau disimpan.
  • Simpan dalam bekas kedap udara – kalau buat lebih, simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan beberapa hari tanpa hilang rasa.

Resepi Lain Menggunakan Bahan Yang Sama

1. Sambal Ikan Bilis Cili Hijau Goreng

Kalau tak mahu tumbuk, boleh goreng terus. Caranya: goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan. Kemudian tumis cili hijau yang dipotong serong bersama bawang besar dan belacan. Masukkan ikan bilis goreng, gaul rata dan siap! Lauk ni rangup, pedas, dan cepat disediakan.

2. Tumis Cili Hijau Bilis Bertelur

Lauk kampung simple tapi sedap. Tumis cili hijau dengan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Bila dah naik bau, pecahkan telur di dalamnya. Kacau kasar macam telur hancur. Siap jadi lauk ringkas tapi padu dengan nasi panas.

3. Sambal Hijau Telur Rebus

Gunakan sambal tumbuk cili hijau yang sama, cuma tambah telur rebus sebagai lauk utama. Rebus telur hingga masak, kupas kulit dan gaulkan bersama sambal cili hijau. Rasanya berlemak, pedas dan menyelerakan.

4. Ikan Kembung Sambal Hijau

Selain ikan bilis, boleh gantikan dengan ikan kembung atau ikan selar. Goreng ikan hingga garing, kemudian siram dengan sambal cili hijau yang ditumis. Kombinasi ikan goreng rangup dengan sambal hijau memang ngam!

5. Sayur Tumis Cili Hijau

Boleh juga guna sambal hijau ini sebagai tumisan sayur. Contohnya, tumis kobis atau kangkung dengan sedikit sambal tumbuk cili hijau. Rasa pedas, masin, masam cukup seimbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *